This is basically my scripts look like.. Just look on how many letter r are there. See?? i have pronouncing problem the letter r and just lookon how many r are there… Just frustated about the upcoming FYP. I dont want to speak proper BM. Because i know i sucks at it. And i pretty darn hates it… Thanks Mom. For signing me up for the FYP… Now everyone know your daughter sounds weird pronouncing it all… Here is the text.. Sweet???
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, yang dikasihi guru-guru, rakan-rakan seperjuangan dan hadirin yang dihormati sekalian.
Budi bahasa memartabatkan bangsa. Itulah tajuk pidato yang akan saya sampaikan pada hari ini. Saya memilih tajuk ini kerana tajuk ini amat penting dalam kehidupan dan budi bahasa merupakan cerminan budaya.
Hadirin sekalian,
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, budi ditakrifkan sebagai kebajikan, bahasa sebagai sistem lambang yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia manakala memartabatkan pula bermaksud sebagai menjadikan sesuatu bermartabat. Bangsa pula bermaksud kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan.
Benarlah bahawa budi bahasa mampu memartabatkan bangsa keranna budi bahasa yang mulia mencerminkan kebudayaan yang indah yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat.
Di sini ingin saya meminjam puisi karya Budayawan Negara, Usman Awang bertajuk Melayu yang dimuatkan dalam kertas kerja Lim Swee Tin ada menyebut:
Melayu itu orang yang bijaksana,
Nakalnya bersulam jenaka,
Budi bahasanya tidak terkira,
Kurang ajarnya tetap santun,
Jika menipu pun masih bersopan,
Bila mengampu bijak bergalas tangan.
Puisi di atas jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya budi bahasa yang diamalkan oleh orang Melayu dan rakyat Malaysia. Kerana itulah, seperti yang kita sedia maklum, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita Datuk Seri Abdullah Haji Amat Badawi telah melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni peringkat kebangsaan pada 11 januari 2005 yang lalu. Kerajaan telah bersetuju supaya kempen ini dirancang dan dilaksanakan secara berterusan dan meluas kepada segenap lapisan masyarakat bagi tempoh lima tahun yang akan datang sehingga tahun 2010. Ini bermaksud pada tahun tersebut semua warga Malaysia mestilah mempunyai keperibadiaan yang tinggi.
Sememangnya, amalan budi bahasa merupakan warisan bangsa dan setiap institusi keluarga bertanggungjawab mendidik setiap ahli keluarganya mengenai perkara-perkara asas budi bahasa seperti cara bertutur yang sopan, saling bertegur sapa, jujur, amanah, bersih, berdisiplin, bersyukur, agar menjadi manusia yang berperibadi mulia.
Tambahan lagi, sebagai masyarakat timur, amalan budi bahasa bukan sesuatu perkara baru. Malah kita telah diasuh sejak dari kecil untuk bersopan santun dan berbudi bahasa dalam menjalani kehidupan seharian. Hormat orang tua, memberi salam pembuka bicara, membantu orang yang memerlukan pertolongan, ucapan terima kasih atau maaf di mana perlu, merendah diri dan berbagai-bagai lagi, merupakan nasihat yang tidak asing dalam hidup kita.
Namun demikian, tanpa kita sedari, kehidupan cara moden yang disertai cabaran globalisasi telah sedikit sebanyak menghakis budaya tradisi yang bersopan –santun, bertata susila, hormat – menghormati yang telah diamalkan turun temurun. Sikap tolong-menolong, bantu – membantu dan semangat gotong royong yang menjadi kekuatan dan kebanggaan masyarakat kita pada suatu ketika dahulu tampaknya telah mula goyah. Dek kerana itu, kerajaan amat penting tentang perkembangan yang kurang sihat ini dan berhasrat membendungnya sebelum menjadi lebih buruk.
Dalam hal ini, teringat saya kepada tulisan-tulisan Allahyarham Professor Hamka sering menyatakan bahawa perangai dan buruk baik seseorang itu bergantung kepada dirinya sendiri. Itulah di antara sifat-sifat kelebihan yang membawa kepada ketinggian umat dan kemajuannya. Apabila terdapat sesuatu bangsa yang berpegang kuat kepada kebolehan dan kemuliaan dirinya, mereka akan menjadi lebih besar dan mulia serta bangsa mereka akan naik menjadi besar dan mulia dengan sebab pekerti mereka itu.
Demikianlah betapa pentingnya peranan budi bahasa dalam aspek kemajuan kita sendiri sebagai masyarakat Timur. Matlamat yang lebih penting disebaliknya ialah menjadi sebuah masyarakat yang maju mengikut cara kita sendiri dengan erti kata lain menambahkan peningkatan hidup dan kemajuan tanpa mengurangi nilai-nilai murni penting khazanah bangsa kita sendiri.
Secara sedar ataupun tidak, pelbagai gejala negatif akan timbul akibat daripada kepupusan budi bahasa. Lantaran itulah, setiap pihak perlu positif dan turut serta membudayalan budi bahasa sebagai gaya hidup yang sempurna.
Hadirin yang dihormati,
Tanpa kita sedari, tahun 2020 semakin menghampiri kita dan negara turut membangun selari dengan hasrat Mantan Perdana Menteri Tan Sri Dr Mahathir Mohammad menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju pada tahun 2020. Namun begitu, kemajuan yang kita kejar perlulah diraih tanpa mengabaikan budi bahasa. Hal ini kerana, kita mahu melahirkan individu yang berhemah tinggi dan berketrampilan untuk dijadikan contoh kepada dunia. Ini amat penting dalam proses memartabatkan bangsa. Oleh itu, warga Malaysia mempunyai peranan yang besar dalam usaha untuk menyemarakkan semula pengamalan budi bahasa dalam kehidupan seharian. Usaha sebegini penting bagi merealisasikan strategi mengimbangi pembangunan negara dengan pembangunan insaniah rakyat seperti yang diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan negara.
Saya juga percaya amalan berbudi bahasa akan melahirkan warga malaysia yang mempunyai personaliti positif, berfikiran terbuka serta bertanggunjawab selaras dengan usaha mewujudkan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Budi bahasa mempunyai peranan yang sangat penting dalam memelihara tamadun bangsa yang dibina dan memartabatkan bangsa. Bak pepatah ribut taufan dan gempa bumi adalah faktor yang menghancurkan peradaban dari aspek fizikalnya, namun bangsa yang jiwanya penuh peradaban mampu mebina semula kehancuran ini. Akan tetapi apabila satu- satu bangsa sudah tidak memiliki elemen ini, maka kehancuran sesuatu peradaban akan berlaku sehingga ke akar umbi.
Saya akhiri pidato ini dengan riwayat Musnad Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, beliau meriwayat “ Sesungguhnya aku hanya diutus untuk menyempurnakan budi pekerti yang luhur.” Dan ini menunjukkan bahawa budi bahasa sebagai elemen yang menyempurnakan seseorang selain dari aspek akidah dan syariahnya.
Sekian, terima kasih.
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
See?? Embarasing… Just preparing for the worst. Owh… T_T Wish me sick on that day or whatever..